fbpx

Tunggakan cukai, Najib mohon batal notis kebangkrapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan notis kebankrapan terhadap beliau yang didakwanya merupakan taktik konspirasi bertujuan merosakkan karier politiknya.

Bekas Perdana Menteri turut mendakwa notis kebangkarapan yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertarikh 4 Februari lalu berniat jahat (mala fide), menindas dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.

Notis itu difailkan ekoran kegagalannya membayar tunggakan cukai tambahan berjumlah RM1.69 bilion kepada LHDN untuk tempoh enam tahun.

Selain itu, bekas Perdana Menteri turut memfailkan permohonan untuk menggantung prosiding kebankrapan itu sementara menunggu pelupusan rayuan di Mahkamah Rayuan yang ditetapkan pendengarannya pada 16 Jun ini.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Julai tahun lalu yang membenarkan permohonan LHDN untuk mendapatkan penghakiman terus bagi menuntut tunggakan cukai pendapatan tambahan berjumlah RM1.69 bilion.

Hakim Datuk Ahmad Bache mengarahkan beliau membayar tunggakan cukai tambahan itu bagi tempoh 2011 hingga 2017 atas alasan tunggakan itu merupakan hutang kepada negara yang perlu dijelaskan.

Peguam Wee Yeong Kang yang mewakili Najib memberitahu pihak media, kedua-dua permohonan itu difailkan pada 31 Mei lalu dan pengurusan kes selanjutnya ditetapkan pada 22 Julai
ini.

Hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes secara dalam talian yang dikendalikan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Ida Rahayu Sharif.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus dan Peguam Hasil Muhammad Nabil Abdul Halim bertindak bagi pihak LHDN.

Mengikut dokumen yang difailkan di mahkamah, Najib selaku penghutang memohon untuk membatalkan notis kebankrapan itu atas alasan beliau mempunyai penolakan penuh terhadap tuntutan pemiutang.

Katanya, ini kerana perintah Mahkamah Tinggi itu bukan penghakiman muktamad dalam konteks Akta Cukai Pendapatan 1967 atau Akta Insolvensi 1967.

Ujar beliau, permintaan untuk mengeluarkan notis kebangkrapan terhadapnya bersifat pramatang mengambil kira rayuannya yang kini tertangguh di Mahkamah Rayuan.

Penghutang menyatakan, penggantungan prosiding kebangkrapan itu tidak memprejudiskan kerajaan selaku pemiutang manakala beliau hanya menjalankan haknya untuk menyemak semula dan merayu kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan

Berdasarkan notis berkenaan, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai tahun lalu  (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari lalu iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000.

Setakat 4 Februari lalu, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI