fbpx

Tujuh individu dikompaun kerana pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

MELAKA – Polis negeri ini mengeluarkan sebanyak 24 kompaun dengan tujuh daripadanya membabitkan kesalahan pelitup muka sepanjang hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, semalam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, pihaknya bagaimanapun amat kesal apabila masih terdapat kompaun yang terpaksa dikeluarkan pihak polis atas kesalahan pelitup muka.

Katanya, senario itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan sudah lebih setahun negara bergelut dengan pandemik Covid-19.

Abdul Majid

“Sepanjang hari pertama pelaksanaan sekatan pergerakan penuh, sebanyak 24 kompaun telah dikeluarkan dengan tujuh daripada membabitkan kesalahan pelitup muka.

“Ini yang kita amat ralat, setelah setahun negara berdepan pandemik Covid-19, masih ada orang yang tidak pakai pelitup muka,”katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, baki kompaun yang dikeluarkan adalah melibatkan pelbagai kesalahan lain yang dikesan ketika di sekatan jalan raya (SJR) termasuk keluar rumah tanpa alasan munasabah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI