fbpx

Unit bergerak vaksinasi sasar 3,000 warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penghuni Rumah Orang Tua Islam Tanpa Waris menerima suntikan vaksin menerusi program Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Padang Terap, hari ini.-Foto SHAHIR NOORDIN

KUALA NERANG – Seramai 3,000 warga emas yang uzur dan tinggal jauh dari Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dijangka menerima suntikan vaksin daripada petugas kesihatan Unit Bergerak Vaksinasi Covid-19 Padang Terap sehingga Ogos depan.

Pegawai Daerah Padang Terap, Datuk Md. Shuhaime Abd. Rahman berkata, inisiatif itu bermula di Madrasah Ahmadiah Pondok Pak Teh Mat dan Rumah Orang Tua Islam Tanpa Waris di Kampung Nyior serta Pusat Jagaan Rumah Orang Tua Bukit Bethel di sini hari ini.

“Hari ini, unit bergerak ini memberikan suntikan vaksin kepada 28 warga emas berusia antara 60 hingga 93 tahun serta lapan sukarelawan,” katanya ketika ditemui di Pusat Jagaan Warga Emas Bukit Bethel di sini hari ini.

Kata beliau, unit vaksinasi bergerak perlu memandangkan kawasan kediaman penduduk di daerah Padang Terap yang berselerak serta jauh dari tiga PPV iaitu di Kuala Nerang, Naka dan Lubuk Merbau.

“Selain itu, kebanyakan warga emas berusia 60 tahun ke atas ini dalam keadaan uzur dan sukar untuk dibawa ke PPV,” ujarnya.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya menyasarkan seramai 200 warga emas yang akan menerima suntikan dalam tempoh seminggu.

“Bagi menjayakan usaha unit bergerak ini, kita memohon kerajaan agar dapat menyediakan lebih banyak vaksin untuk penduduk di daerah Padang Terap,” ujarnya.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI