fbpx

Maik salur RM9.78 juta kepada rakyat terjejas Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Kota Bharu. Gambar Hiasan

KOTA BHARU – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) akan menyalurkan sebanyak RM9.78 juta lagi kepada rakyat negeri ini yang terkesan ekoran penularan jangkitan Covid-19.

Yang Dipertua Maik, Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Kadir berkata, bantuan itu disalurkan menerusi Program Prihatin Maik Covid-19 yang kini memasuki fasa kelima, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh di seluruh negara ketika ini.

Katanya, dalam empat fasa Program Prihatin Maik Covid-19 terdahulu, jumlah keseluruhan yang disalurkan oleh pihak Maik bagi membantu rakyat di negeri ini telah mencecah sebanyak RM33.4 juta.

“Bantuan dalam Program Prihatin Maik Covid-19 bagi fasa kelima bertujuan membantu mengurangkan beban golongan sasar di bawah naungan Maik dan terbahagi kepada enam kluster utama.

“Kluster itu merangkumi bantuan khas asnaf dan fakir miskin, peruntukan baik pulih masjid dan surau, elaun pegawai masjid, bantuan Orang Asli, sumbangan makanan kepada petugas Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta penyerahan peralatan hospital,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Rizam, bagi kluster asnaf dan fakir miskin, sebanyak RM 3.7 juta akan disalurkan kepada 7,522 penerima dengan RM3.6 juta daripadanya merupakan bantuan tetap bulanan kepada 7,322 penerima pelbagai kategori.

Katanya, sebanyak RM 2.4 juta diperuntukkan bagi pembayaran elaun imam, bilal, siak, khatib dan lain-lain manakala sebanyak RM3.1 juta lagi digunakan bagi membiayai kerja-kerja baik pulih masjid negeri, bandar dan mukim serta surau di seluruh negeri.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI