fbpx

The Bos Gaurus mulakan persiapan rapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERAK akan mengadakan dua perlawanan persahabatan menjelang saingan Liga Super yang kembali berlangsung pada 26 Ogos ini.

Oleh AZIZAN HASHIM

PERAK  mengadakan perlawanan persahabatan dengan Kuala Lumpur di Stadium Perak, Sabtu ini untuk menguji kemampuan pemain sebelum Liga Super bersambung pada 26 Ogos ini 

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic berkata, selain menentang Kuala Lumpur, The Bos Gaurus mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC. 

“Kami akan mengadakan sekurang-kurangnya dua perlawanan persahabatan selain menjalani latihan secara intensif sebagai persiapan.

” Ia medan terbaik menguji pemain selepas menjalani latihan berminggu-minggu,” katanya. 

Jurulatih itu berkata, perlawanan itu akan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu tanpa kehadiran penonton serta menjaga penjarakan sosial. . 

” Saya minta maaf kerana tiada siapa dibenarkan hadir kecuali pegawai kedua-dua pasukan terlibat. Lagipun ini hanya perlawanan persahabatan sahaja, ” ujarnya. 

Mengenai persiapan pasukan The Bos Gaurus, Durakovic berkata, pemain Perak berada di landasan betul bagi menghadapi perlawanan bertemu Melaka di Stadium Perak pada 26 Ogos ini. 

“Pemain sedang gigih berlatih bagi menghadapi baki kempen Liga Super. Mereka cukup bersemangat dan ceria ketika menjalani latihan. Ini petanda baik buat kami,” tambahnya. 

Perak ketika ini menduduki tangga kedua di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT) mengutip lapan mata hasil dua kali menang dan dua seri.  – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI