fbpx

WHO lulus vaksin Sinovac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vaksin Sinovac merupakan vaksin kedua di China yang diluluskan WHO. -Getty Images

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah meluluskan vaksin Covid-19 Sinovac bagi kegunaan kecemasan, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Sinovac merupakan vaksin kedua dari China yang dilulus WHO.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu menandatangani vaksin dua dos keluaran syarikat farmaseutikal Sinovac dari Beijing, China iaitu CoronaVac yang kini sudah digunakan di beberapa negara seluruh dunia.

“Saya dengan sukacita mengumumkan vaksin Sinovac-CoronaVac sudah diluluskan dan dimasukkan dalam senarai WHO bagi kegunaan kecemasan selepas didapati selamat serta berkesan dengan jaminan kualiti.

“Kaedah penyimpanan mudah CoronaVac juga menjadikan ia sesuai disimpan di lokasi yang kekurangan sumber teknologi canggih,” kata Ketua Pengarah WHO, Adhanom Ghebreyesus dalam satu sidang akhbar.

WHO berkata senarai penggunaan kecemasan (EUL) memberikan negara, penyumbang dana, agensi perolehan serta masyarakat dunia satu jaminan bahawa vaksin tersebut memenuhi standard antarabangsa.

Bulan lalu, Sinopharm menjadi vaksin pertama dari China yang diluluskan WHO.

Organisasi itu juga telah memberikan status EUL bagi vaksin Pfizer / BioNTech, Moderna, Johnson & Johnson dan AstraZeneca yang dibuat di India, Korea Selatan dan EU yang dinilai secara berasingan. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI