SEBERANG PERAI – Sebuah kilang pembuatan topi keledar di Sungai Dua, Butterworth di sini diarah tutup serta merta dan dikompaun sebanyak RM10,000 selepas didapati beroperasi tanpa kebenaran ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, premis berkenaan dikesan melakukan kesalahan itu semasa operasi yang dijalankan pihaknya bersama beberapa agensi kira-kira pukul 11 pagi.
“Siasatan mendapati, berdasarkan pendaftaran dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ia didaftarkan sebagai pembuatan peralatan perlindungan diri (PPE) seperti sarung tangan getah dan pelitup muka.
“Namun, semasa kita periksa, mereka didapati menjalankan pembuatan topi keledar yang tidak tersenarai sebagai barangan essential yang di dibenarkan beroperasi,” katanya kepada pemberita hari ini. – K! ONLINE