fbpx

Exco kerajaan Pulau Pinang sumbang sebulan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Barisan Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbangkan sebulan gaji mereka kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan penularan virus Covid-19.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perkara itu diputuskan pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang hari ini iaitu dengan menyumbangkan gaji bulan Jun.

“Ia akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sumbangan berkenaan merupakan kali kedua setelah kali pertama diputuskan pada tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI