fbpx

Real hantar Kubo sertai Villarreal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUBO mempamerkan aksi cemerlang bersama Mallorca menyebabkan Villarreal berminat mendapatkan khidmatnya. - AFP

MADRID – Real Madrid bersetuju meminjamkan khidmat pemain sayap muda Jepun, Takefusa Kubo kepada Villarreal sehingga akhir musim depan.

Ia bermakna Villarreal perlu membayar jumlah €5 juta (RM24.83 juta) ditetapkan Real jika mahu meminjam khidmat bintang berusia 19 tahun itu yang wajib kembali bersama kelab tersebut selepas tamat musim depan.

Juara baharu La Liga itu meletakkan terma tersebut kerana tidak rela hilang Kubo yang kini dianggarkan bernilai €13 juta (RM64.56 juta) hingga €30 juta (RM148.99 juta) disebabkan kecemerlangannya bersama Real Mallorca musim ini.

Selain mencipta lima umpanan gol, Kubo juga berjaya meledak empat jaringan dalam 35 perlawanan La Liga selepas dipinjamkan ke Mallorca musim ini.

Keputusan Real bersetuju dengan perjanjian Villarreal memberikan satu tamparan besar kepada Bayern Munich yang turut menyatakan minat untuk meminjam Kubo dan bersedia menawarkan lebih banyak wang berbanding kelab dari Sepanyol itu.

Bagaimanapun, Real terpaksa menolak tawaran Bayern kerana Kubo lebih cenderung untuk kekal beraksi di Sepanyol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI