fbpx

Operasi KT bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Operasi Kedai Tenaga (KT) akan bermula pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari sahaja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh fasa pertama selama dua minggu bermula 1 hingga 14 Jun.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan berkata, bagi waktu operasi perkhidmatan kios layan diri di KT pula, kekal beroperasi dari pukul 8.15 pagi hingga 8 malam.

Menurutnya, kios tersebut akan disanitasi setiap dua jam berbanding setiap empat jam sebelum ini.

“Sepanjang PKP penuh, operasi KT akan dipendekkan tiga jam dari pukul 9 pagi hingga 4 petang kepada bermula pukul 9 pagi sehingga 1 tengah hari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, berikutan tempoh KT yang beroperasi lebih pendek, perkhidmatan khidmat pelanggan TNB CareLine dilanjutkan dua jam setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 7 petang berban­ding sehingga 5 petang sebelum ini.

“Pelanjutan tempoh ini adalah untuk talian TNB Careline 1-300-88-5454 dan e-mel [email protected] yang di­khususkan untuk pertanyaan berkaitan akaun dan bil.

“Untuk gangguan bekalan elektrik pula, para pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 dan Facebook TNB CareLine yang kekal beroperasi 24 jam,” katanya.

Ujarnya, walaupun KT ma­sih dibuka sepanjang fasa pertama PKP penuh ini, pengguna amat digalakkan untuk menggunakan kemudahan transaksi dalam talian TNB bagi sebarang urusan transaksi termasuk semakan dan pembayaran bil.

Transaksi itu boleh dibuat menerusi portal www.mytnb.com.my dan aplikasi myTNB agar dapat mengurangkan ke­perluan untuk transaksi secara bersemuka.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI