fbpx

Lubang ‘laluan tikus’ ditimbus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Choon Foo (kanan) meninjau lorong tikus yang ditutup di Taman Rusa, Gua Musang hari ini.-Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Polis mengesan satu daripada enam laluan tikus di daerah ini yang digali lubang pada bulan lalu telah ditimbus dengan tanah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebelum ini, pihaknya telah menutup lorong tikus dengan mengali lubang sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan ramai pengguna jalan raya melalui lorong itu untuk mengelak diperiksa di sekatan jalan raya (SJR).

Katanya, lorong tikus itu menjadi pilihan untuk dilalui secara haram sejak SJR di Kilometer 7, Jalan Gua Musang-Kuala Lipis, di Kampung Tanah Putih di sini beroperasi.

“Kita juga mendapati penghadang simen yang diletakkan untuk menutup laluan lorong tikus itu turut dipecahkan.

“Kita telah mengali semula lubang lorong tikus yang ditimbus supaya tiada ruang untuk mereka rentas negeri secara haram,” katanya selepas mengadakan lawatan ke kawasan lorong tikus di Kampung Tanah Putih di sini hari ini.

Katanya, sehingga kini, polis percaya bahawa pihaknya telah menutup 100 peratus laluan tikus di Gua Musang bagi mengelakkan aktiviti merentas negeri secara haram.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI