fbpx

PM ucap terima kasih pada penjawat awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan terima kasih kepada penjawat awam atas sumbangan yang diberikan bagi membantu negara menangani pandemik Covid-19.

Muhyiddin dalam satu hantaran di Facebook berkata, sumbangan melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) itu merupakan satu bentuk solidariti yang mencerminkan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan petugas barisan hadapan memerangi Covid-19.

Muhyiddin.

“Solidariti ini juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para ‘frontliners’ yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi kita semua daripada jangkitan pandemik Covid-19.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik Covid-19 ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan penjawat awam akan menyumbangkan sebahagian daripada elaun selama tiga bulan kepada Akaun Amanah Bencana Covid-19 bagi membantu menangani wabak tersebut.

Katanya, inisiatif tersebut melibatkan penjawat awam yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, Gred 44 hingga 46 dan Gred 29 hingga 41. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI