fbpx

Penganggur mengaku salah rogol remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh, Nor Ikmal Arif (kiri) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan minggu lalu.

KOTA BHARU – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan bawah umur pada minggu lalu.

Tertuduh, Nor Ikmal Arif Mohd. Kassim,23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh 4 Julai depan untuk hukuman bagi kesalahan itu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah merogol seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun lapan bulan ketika kejadian berlaku.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di sebuah bilik di Kampung Pasir Tumboh di sini kira-kira pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari pada 27 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan iaitu perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan selain tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.

Bagaimanapun, tertuduh tidak membayar jumlah ikat jamin itu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI