fbpx

Kanak-kanak jadi tebusan bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Seorang lelaki hilang pertimbangan sehingga sanggup menjadikan anak lelakinya yang berusia lapan tahun sebagai tebusan dalam kejadian di Taman Seri Kionsom pada Isnin lalu.

Hanya disebabkan alat kawalan jauh televisyen, bapa berusia 36 tahun itu dipercayai turut mengugut menikam anaknya pada leher  dengan menggunakan pemutar skru.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, pasukan polis terpaksa mengambil masa lebih dua jam bagi menenangkan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, suspek yang memaut leher anaknya itu turut mengacukan sambil beberapa kali menghentak pemutar skru pada kepala kanak-kanak berkenaan.

“Suspek juga mengugut anggota polis yang berada di lokasi kejadian supaya tidak mendekatinya dan memberitahu akan menikam anaknya sendiri jika ingkar.

“Lelaki itu tetap berkeras tidak mahu melepaskan anaknya yang ketika itu berada dalam ketakutan.

“Polis terpaksa menggunakan kaedah psikologi bagi menenangkan suspek sebelum dia menyerahkan pemutar skru kepada polis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini.

Habibi berkata, hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut menunjukkan suspek positif dadah jenis syabu.

“Siasatan lanjut turut mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuklah kes suspek menetak isterinya kira-kira dua bulan lalu.

Kes sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Suspek turut mempunyai dua kes dadah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI