fbpx

Ramai bantah budaya LGBT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. Kredit Foto: Getty Images

PETALING JAYA – Netizen di laman Twitter menyuarakan rasa kurang senang apabila segelintir individu secara terbuka menyatakan sokongan terhadap budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi tanda pagar #tetapbangga yang diulang kicau lebih 11,000 kali hari ini.

Ia merupakan terjemahan daripada perkataan Pride yang mempromosikan gaya hidup LGBT yang disambut di seluruh dunia semalam.

Tinjauan Kosmo! di laman Twitter, mendapati masih ada segelintir netizen tanpa segan silu mahukan amalan songsang itu diiktiraf walaupun menyedari ia tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat di negara ini.

“Kita tidak sepatutnya menormalisasikan #tetapbangga di Malaysia,” ujar seorang pengguna media sosial tersebut.

“Kembali ke jalan benar wahai saudaraku. Jangan #tetapbangga,” ujar seorang netizen.

“Malaysia semakin aneh hari demi hari. Ini sangat menakutkan. Ramai juga dalam kalangan mereka orang Islam. Ia haram untuk kita meraikannya,” ulas seorang lagi pengguna Twitter.

“Jangan meraikan dosa anda dan mempamerkan keaiban anda. Kepada semua muslimin dan muslimat jangan memuji pergerakan itu. Maaf menggunakan #tetapbangga,” ulas seorang lagi pengguna Twitter. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI