fbpx

Elfira Loy gesa rakyat terus berjuang lawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Elfira menggesa rakyat Malaysia untuk terus berjuang melawan pandemik Covid-19 dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

PETALING JAYA – Pelakon Elfira Loy menggesa rakyat di negara ini untuk terus berjuang dalam usaha mengekang penularan Covid-19 yang dilihat semakin membimbangkan ketika ini.

Menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya, Elfira mengakui sangat rindu untuk melihat anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf bermain dan bersuka ria di luar rumah.

Pun begitu, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 27, akur dengan keadaan semasa yang mana semua masyarakat harus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang sekatan pergerakan penuh yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

“Rindulah nak tengok Rayyan bermain di luar, pergi taman dan pergi kolam.

“Harap kita semua boleh lakukan ini, sabar menghadapi lockdown dan kekal mengikuti SOP selepasnya supaya sifar kes sampai bila-bila,” tulisnya.

Pada hantaran sama, pelakon yang popupar menerusi drama Tentang Bulan itu turut mengambil contoh dan dan iktibar daripada negara luar yang telah berjaya mengawal kes Covid-19 hingga tidak perlu memakai mask (pelitup muka).

“Tak cemburu ke negara lain dah tak pakai mask? Dah boleh travel dalam negeri.

“Bestkan? Jomlah kita cabar diri kita, orang Malaysia kan fighter (pejuang), kita fight (lawan) sampai 0 okay!,” tulisnya lagi.

Terdahulu, kes harian Covid-19 di negara ini mencatatkan peningkatan mendadak sejak Mac lalu hingga memaksa kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan penuh Fasa 1 bermula semalam hingga 14 Jun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI