fbpx

TLDM gagalkan cubaan seludup minyak, binatang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan ATM memberkas seorang lelaki yang cuba menyeludup minyak petrol dan haiwan ternak dalam Ops Benteng Laut di Pulau Che Kamat, Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor, awal pagi semalam.

KOTA TINGGI – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup barangan terlarang dengan tertangkapnya seorang tekong dalam Operasi Benteng Laut di perairan Johor awal pagi semalam.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat, Lumut, Perak berkata, tekong dipercayai warga Indonesia itu berjaya ditahan bot FCB 1326 merupakan aset terbaru TLDM yang dioperasikan di kawasan Op Benteng.

Katanya, antara barang dirampas dalam operasi itu ialah 20 liter minyak petrol, satu kotak berisi ayam selasih, satu kotak berisi tiga ekor burung merpati dan bot yang dianggarkan bernilai RM7,000.

“Sekitar pukul 3.15 pagi bot pemintas TLDM FCB 1326 dan RHIB Lepau mengesan sebuah bot mencurigakan menuju ke arah Pulau Che Kamat dari perairan negara jiran.

“Tindakan pantas kedua-dua bot TLDM telah berjaya memintas bot yang disyaki tersebut berhampiran Pulau Che Kamat di perairan Teluk Ramunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah kenyataan itu, hasil pemeriksaan mendapati tekong berusia 30 tahun tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah serta membawa barang yang disyaki seludup.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI