fbpx

Dua maut, 3 parah van terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan van Toyota Hiace yang dinaiki 10 penumpang termasuk pemandu yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut menghala pusat bandar raya Johor Bahru, Johor, pagi hari ini.

JOHOR BAHRU – Dua terbunuh manakala tiga parah apabila van dinaiki 10 penumpang terbalik dalam kemalangan di Jalan Stulang Laut menghala ke bandar raya berhampiran sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 pagi itu, mangsa yang maut adalah pemandu van dan penumpang hadapan warganegara Nepal.

Manakala tiga yang parah juga merupakan juga penumpang dan pengawal keselamatan warganegara Nepal.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd. Suhaimi Abd. Jamal berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.45 pagi.

“Tiga jentera bersama 12 anggota BBP Larkin dikejarkan ke lokasi kejadian dan sejurus sampai benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah van jenis Toyota Hiace.

“Kemalangan itu melibatkan 10 orang mangsa yang mana seorang pemandu warga tempatan dan sembilan lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, kesemuanya warga Nepal.

“Dua maut, tiga parah manakalan lima lagi cedera ringan. Bagaimanapun identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Suhaimi berkata, laporan awal mendapati van itu dalam perjalanan dari arah Jalan Stulang Laut menuju ke pusat bandar raya.

Katanya, sejurus tiba di tempat kejadian pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelum terbalik.

Ujarnya, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk rawatan kecemasan manakala mangsa maut diserahkan kepada pihak polis.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI