fbpx

Osaka murung, buat keputusan mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSAKA didenda kerana enggan menghadiri sidang media sebelum membuat keputusan menarik diri daripada Terbuka Perancis semalam. – AFP

PARIS – Bintang tenis No.2 dunia, Naomi Osaka membuat keputusan mengejutkan apabila menarik diri daripada Terbuka Perancis semalam selepas memboikot semua aktiviti media pada Ahad lalu selain me­ngakui menderita masalah kemurungan hampir tiga tahun lalu.

Osaka sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila enggan menghadiri sidang media wajib selepas meraih kemenangan pada perlawanan pertama ke­rana mendakwa wartawan menjadi punca dia berdepan tekanan mental.

“Saya akan berehat seketika daripada aksi di gelanggang. Bagi saya ini adalah terbaik untuk kejohanan dan juga buat semua pemain yang bertanding.

“Jadi, saya akan menarik diri supaya orang lain boleh fokus kepada kejohanan tenis di Paris. Saya tidak berniat untuk menimbulkan masalah dan ia bukanlah masa yang sesuai tetapi mesej yang saya ingin sampaikan sepatutnya lebih jelas,” kata juara Grand Slam empat kali tersebut semalam.

Pada Ahad lalu, bintang tenis Jepun berusia 23 tahun itu didenda AS$15,000 (RM61,792) dan berdepan penyingkiran kerana enggan menghadiri sidang media wajib selepas kemenangan pu­singan pertamanya.

“Sebenarnya saya mende­rita kemurungan sejak Terbuka Amerika Syarikat pada 2018 dan saya sukar menanganinya.

“Sesiapa yang mengenali saya mereka tahu saya adalah seorang yang introvert kerana se­ring memakai fon kepala kerana ia dapat mengurangkan kerisauan saya.

“Apa pun apabila tiba masa sesuai nanti saya akan memberikan kerjasama untuk membincangkan kaedah le­bih baik kepada pemain, media dan penyokong,” tambah Osaka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN