fbpx

Spekulasi tidak gugat fokus Bale

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPEKULASI mengenai persaraan Bale selepas aksi Euro bertiup kencang, namun kapten Wales itu menafikannya. –AFP

CARDIFF – Kapten pasukan Wales, Gareth Bale enggan menjadikan spekulasi di luar padang menjejaskan momentum serta fokus dirinya untuk mengharu­ngi Euro 2020 yang akan bermula pada 12 Jun ini.

Sebagai rekod, terdapat laporan bahawa Bale yang kini berusia 32 tahun akan mengumumkan persaraan rasmi daripada bola sepak antarabangsa sejurus tamat membantu pasukan Wales mengharungi kempen Euro 2020 nanti.

Namun, Bale yang masih memiliki kontrak bersama pasukan Real Madrid sehingga tahun depan menafikan dakwaan tersebut tetapi mengakui status masa depannya hanya akan diumumkan selepas tamat mengharungi saingan Eropah itu.

“Saya ada baca banyak berita mengenai saya akan bersara atau berhijrah pada jendela perpindahan ini. Namun, seperti yang saya cakap sebelum ini, tiada apa pengesahan rasmi yang boleh diumumkan kerana tumpuan ha­nyalah untuk bantu Wales pada kempen Euro 2020.

“Tiada guna saya mengumumkan lebih lanjut ketika ini kerana ia hanya akan menjejaskan moral pasukan termasuk mental saya yang kini sedang membuat persiapan bersama pasukan kebangsaan.

“Apa yang pasti, saya sangat berharap untuk memastikan usa­ha pasukan mengulangi sejarah melangkah jauh pada kejohanan Euro seperti edisi 2016 ketika kami mara hingga ke pentas separuh akhir dapat direalisasikan pada saingan kali ini,” katanya.

Wales terpaksa mengharungi kejohanan Euro 2020 tanpa kelibat ketua jurulatih, Ryan Giggs yang masih digantung tugas ke­rana masih berdepan dengan perbicaraan mahkamah sejak November lepas dengan tugas­nya dipangku sementara oleh Robert Page. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI