fbpx

960 penggiat muzik terima DKD berjumlah RM6 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin.

PUTRAJAYA – Seramai 960 penggiat muzik tanah air menerima manfaat Dana Kandungan Digital Muzik (DKD Muzik) untuk Program Hiburan Dari Rumah tahun 2021 berjumlah RM6 juta.

Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah berkata, bagi memastikan pelaksanaan dana yang telus, KKMM turut melibatkan penggiat industri muzik dan ahli akademik sebagai panel dalam Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Pelulus dan Pemilihan Artis.

Beliau berkata, dana itu diperuntukkan bagi menghasilkan kandungan kreatif dalam program Hiburan Dari Rumah yang akan melibatkan penyertaan daripada artis rakaman lama dan baharu.

“Ia juga turut disertai penyanyi dan pemuzik kelab hiburan, penyanyi dan pemuzik busker, ahli kumpulan nasyid dan lain-lain dari seluruh negara merangkumi pelbagai peringkat umur dan genre muzik.

“Penerbitan kandungan kreatif Hiburan Dari Rumah yang dihasilkan perlu mempunyai unsur muzik dan berkonsepkan muzik dari rumah bersesuaian dengan situasi pandemik pada ketika ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Saifuddin berkata, DKD Muzik merupakan antara dana yang diperuntukkan di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (Prisma) yang dilancarkan pada 5 Februari lalu.” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI