fbpx

Kerajaan masih ada RM305 bilion untuk dibelanjakan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kerajaan masih mempunyai peruntukan dan program kewangan bernilai keseluruhan RM305 bilion bagi memulihkan ekonomi negara dan mengharungi impak Covid-19 sehingga akhir tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan itu tidak termasuk Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) Tambahan diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Beliau berkata, daripada peruntukan itu, RM205 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaam Belanjawan 2021.

“Tanpa mengira peruntukan RM40 bilion menerusi PEMERKASA Tambahan semalam, kerajaan masih ada peruntukan lebih RM100 bilion untuk dibelanjakan sehingga akhir tahun ini,” katanya katanya menerusi sesi taklimat khas kepada media secara dalam talian, hari ini.

Katanya, antara langkah Belanjawan 2021 yang sedang dilaksanakan adalah bantuan kebajikan kepada rakyat yang dinaikkan daripada RM1.5 bilion pada 2020 kepada RM2.2 bilion.

Tengku Zafrul berkata, Jalinan Digital Negara (JENDELA) juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM500 juta yang antara lainnya melibatkan sambungan fiber untuk sekolah.

Selain itu, katanya, program lain yang dibiayai perbelanjaan pembangunan (DE) Belanjawan 2021 termasuklah Dana Kredit Mikro sebanyak hampir RM1 bilion dan penyelenggaraan sekolah.

“Sejak Mac 2020 hingga Mac lalu, kerajaan sudah mengumumkan enam pakej rangsangan ekonomi bernilai RM340 bilion bagi menangani cabaran kesihatan dan ekonomi yang dihadapi negara ketika ini,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI