fbpx

Penggantungan sementara perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di ibu pejabat MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan perkhidmatan kaunter pembayaran penguntukan radas di Ibu Pejabat MCMC di sini akan digantung sementara bermula hari ini sehingga 14 Jun depan.

Menerusi satu notis pemberitahuan, MCMC berkata, semua urusan permohonan dan pembayaran penguntukan radas boleh dilakukan secara dalam talian.

“Ia meliputi permohonan penguntukan radas dan permohonan boleh dikemukakan secara elektronik melalui https://espectra.mcmc.gov.my/

“Bagi pemohon baharu, salinan borang permohonan yang telah dilengkapkan boleh dihantar melalui e-mel [email protected],” katanya.

Jelas MCMC, bagi pembayaran penguntukan radas pula boleh dibuat melalui portal pembayaran
https://epayment.skmm.gov.my

“Sebarang pertanyaan berkenaan permohonan penguntukan radas atau permohonan lesen, ianya boleh dikemukakan kepada penguntukan radas menerusi e-mel [email protected] atau di talian 03-8688 8135/8130.

“Sementara itu, bagi pelesenan boleh dihantar menerusi e-mel [email protected] atau di talian 03-8688 8147/8201,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI