fbpx

Dianggap persendakan budaya Sarawak, Zynakal minta maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZYNAKAL menjelaskan, komen 'uga-uga' ditulis sebagai satu gurauan dengan kawan baiknya, Yonnyboii.

PETALING JAYA : Selepas lima hari hanya mampu menelan kecaman gara-gara komen yang didakwa mempersendakan budaya Sarawak dalam Instagram Yonnyboi, penyanyi Zynakal akhirnya memohon maaf.

Zynakal atau  nama sebenar, Mohammad Raziq Rosli berkata, dia tidak mempermainkan adat masyarakat di Bumi Kenyalang, sebaliknya hanya bergurau dengan Yonnyboii yang juga sahabat baiknya.

“Saya ingin memohon maaf kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Sarawak yang terasa komen saya dalam ruangan gambar (Instagram) Yonnyboii.

“Di sini saya ingin menjelaskan tentang komen tersebut. Sebenarnya saya tiada niat mempersendakan budaya atau adat orang Sarawak. Saya hanya bercanda atau mempersendakan (bergurau) Yonnyboii sahaja.

“Saya harap anda semua dapat memaafkan saya. Perkara ini tidak akan berulang lagi. Kamek sayang kitak (saya sayang awak),” katanya yang memohon maaf secara terbuka.

Terdahulu penyanyi Yonnyboii berkongsi gambarnya menggayakan persalinan lelaki Iban dalam laman sosial peribadi dan dibalas dengan perkataan ‘uga-uga’ oleh Zynakal.

Menurut kefahaman ramai, perkataan ‘uga-uga’ itu merujuk kepada percakapan manusia di era zaman batu.

Komen yang ditinggalkan kepada sahabatnya itu terus tular selepas mendapat pelbagai reaksi terutama apabila kebanyakan pihak melihat ia sebagai ejekan terhadap budaya masyarakat Sarawak.

Rentetan kecaman netizen yang masuk bertalu-talu, Yonnyboii mengambil pendekatan menutup ruang komen status terbabit bagi mengelakkan isu terus berpanjangan.

Sebelum ini, pensohor media sosial Ryzal Duriankimchi terlebih dahulu membuat permohonan serupa selepas membuat gurauan menyamakan pakaian tradisi wanita Iban dengan kain buruk.

Tindakannya tersebut mencetuskan kemarahan ramai hingga ada yang menjadikan isteri dan bayi mereka yang masih dalam kandungan sebagai tempat melampiaskan kemarahan.

Perbuatan yang disifatkan kurang ajar dan tidak sensitif itu terhadap budaya masyarakat majmuk di negara ini juga membuatkan dirinya berdepan laporan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI