fbpx

Wabak LSD pada lembu, kerbau tidak jangkiti manusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razman (kanan) semasa meninjau jualan daging lembu di Pasar Awam Bagan Serai hari ini. (Foto Wat Kamal Abas)

BAGAN SERAI- Orang ramai tidak perlu khuatir tentang penularan penyakit ‘Lumpy Skin Disease’ (LSD) pada ternakan lembu dan kerbau kerana ia tidak menjangkiti manusia.

LSD merupakan sejenis penyakit disebabkan oleh virus yang boleh menjangkiti ternakan lembu dan kerbau yang telah dikesan di Myanmar, Vietnam serta terbaru di Thailand.

Pengerusi Jawatankuasa Perladangan dan Pertanian negeri Perak, Razman Zakaria berkata, LSD tidak berjangkit kepada manusia dan hanya berjangkit sesama binatang ternakan melalui gigitan nyamuk, kutu dan lalat selain haiwan yang telah dijangkiti.

Menurut beliau, semua ternakan lembu dan kerbau yang disembelih sebelum dijual adalah di bawah kebenaran daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Pihak JPV akan memastikan keadaan fizikal dan kesihatan ternakan itu sebelum dibenarkan untuk disembelih.

“Jadi, orang ramai tidak perlu bimbang dan gusar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Bagan Serai di sini hari ini.

Bagaimana pun, jangkitan LSD pada ternakan sekiranya tidak dikawal boleh memberi kesan pada rantaian bekalan daging dan pada masa sama meningkatkan biosekuriti ladang.

Kata Razman, semua penternak hendaklah melaporkan kepada JPV sekiranya ternakan mereka mempunyai tanda-tanda penyakit LSD dan kegagalan melaporkan perkara itu boleh di kenakan denda sebanyak RM25,000 mengikut Seksyen 31(4)(a) Akta Binatang 1953 (pindaan 2013). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI