fbpx

Trafik sesak sekitar ibu negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Trafik mula sesak seawal 7 pagi sekitar Kuala Lumpur dan juga Lebuh Raya Persekutuan berikutan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh PDRM setelah berkuatkuasanya PKP penuh bermula hari ini. KREDIT: @HasimiM

PETALING JAYA – Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara dilaporkan mengalami kesesakan lalu lintas pada hari pertama pelaksanaan perintan lockdown berikutan penguatkuasaan ketat dilaksanakan pihak berkuasa sepanjang tempoh itu.

Menerusi satu ciapan di laman Twitter @ITIS_TRAFIK Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kesesakan jalan raya dilaporkan berlaku dari pelbagai arah sekitar ibu kota.

“Pada hari ini, sekitar pukul 7:30 pagi, di Jalan Tun Razak Kuala Lumpur berlaku kesesakan jalan raya dari Institut Jantung Negara (IJN) menuju ke Bulatan Pahang.

Di Wilayah Kuala Lumpur-Seremban juga turut berlakunya kesesakan lalu lintas dari Petronas/Shell Technology Park Malaysia (TPM) menuju ke Plaza Tol Sungai Besi,” ciapnya di Twitter.

Sekatan jalan raya dipercayai telah bermula sejak semalam bagi mengurangkan pergerakan warga kota sepanjang perintah lockdown dilaksanakan. -K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI