fbpx

Penjawat awam mula gred 29 sumbang gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Lebih 800,000 penjawat awam di seluruh negara bermula daripada Gred 29 hingga peringkat pengurusan tertinggi akan menyalurkan sedikit sumbangan kepada Akaun Amanah Bencana selama tiga bulan.

Sumbangan itu membabitkan pengurangan elaun bagi Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bagi pengurusan tertinggi dan Gred 44 hingga 56 serta Elaun Tetap Khidmat Awam (ITKA) bagi Gred 29 hingga Gred 41.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, sumbangan selama tiga bulan itu dianggarkan berjumlah lebih RM30 juta.

Beliau berkata, penetapan sumbangan adalah berdasarkan gred perkhidmatan di mana jawatan utama sektor awam (JUSA) A ke atas akan menyumbang 50 peratus daripada ITK.

“Manakala JUSA B pula sebanyak 20 peratus daripada ITK, JUSA C (10 peratus), Gred 44 hingga 56 (lima peratus) dan Gred 29 hingga 41 pula adalah RM10.

“Surat edaran dan perincian pelaksanaan ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI