fbpx

Dion Cools ‘senjata rahsia’ Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamidin menyampaikan jersi Harimau Malaya kepada Dion Cools selepas melaporkan diri bersama skuad negara di Dubai, awal pagi tadi. - Foto oleh FAM

PETALING JAYA – Teka-teki mengenai siapa pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya akhirnya terjawab selepas sah menjadi milik pemain kacukan negara yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools.

Kehadiran Cools boleh dianggap sebagai ‘senjata rahsia’ skuad kendalian Tan Cheng Hoe bagi mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bermula awal pagi Jumaat ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin meluahkan rasa gembira apabila Cools bersetuju untuk menyarung jersi Harimau Malaya buat pertama kali.

“Alhamdulillah, pemain berdarah campuran Malaysia-Belgium, Dion Cools telah bersama pasukan di Dubai dan secara rasmi sah diumum sebagai pemain ke-26 dalam skuad Harimau Malaya.

“Ini berikutan selepas segala proses dokumentasi di peringkat FIFA dan AFC, terutamanya berhubung status kelayakannya, pendaftaran dan lain-lain telah selesai.

“Dengan kehadiran beliau, ia akan dapat memberi nilai tambah serta memperkasakan lagi pasukan Harimau Malaya.

“Harapan saya kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya penyokong setia Harimau Malaya, doakan pasukan kita ini untuk beroleh kejayaan,” kata Hamidin dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sebagai rekod,  kelab yang diwakili Cools, FC Midtjylland terlebih dahulu mengesahkan bahawa pemain pertahanan berusia 25 tahun itu akan bersama Malaysia di Dubai sebelum menarik semula kenyataan di laman rasmi mereka serta-merta selepas berita itu tular minggu lalu.

Selepas diserapkan dalam skuad Harimau Malaya kali ini, Cools telah menjadi pemain berdarah kacukan keenam negara selepas La’Vere Corbin-Ong, Junior Eldstal, Matthew Davies, Samuel Somerville dan Brendan Gan.

Cools yang berasal dari Ku­ching, Sarawak telah membuat tiga penampilan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan dua kali bertemu Ajax Amsterdam, dan satu kali bersaing dengan kelab gergasi Liga Perdana Ing­geris (EPL), Liverpool. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI