fbpx

Pelarian Rohingya merusuh ketika lawatan UNHCR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR pada 31 Januari lalu menunjukkan kompleks perumahan pelarian Rohingya di Pulau Bhashan Char, Bangladesh. - AFP

DHAKA ,  Bangladesh – Beberapa ribu etnik Rohingya mengadakan protes hari ini kerana membantah kehidupan di sebuah pulau di Bangladesh di mana mereka ditempatkan setelah dipindahkan dari kem pelarian di tanah besar, kata polis.

Sejak Disember tahun lalu, Bangladesh memindahkan seramai 18,000 daripada sasaran 100,000 pelarian ke Pulau Bhashan Char dari rantau Cox’s Bazar di mana kira-kira 850,000 etnik Rohingya tinggal bersesak-sesak dalam keadaan setinggan.

Kebanyakan mereka melarikan diri daripada serangan kejam tentera di Myanmar pada 2017 yang disifatkan oleh pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sebagai ‘percubaan penghapusan etnik’.

Bantahan hari ini melibatkan sehingga 4,000 orang, kata polis dan berlaku semasa lawatan beberapa pegawai Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNHCR). 

“Pelarian Rohingya di sana menjadi tidak terkawal ketika helikopter membawa wakil UNHCR mendarat di pulau ini hari ini.

“Mereka memecahkan kaca beberapa gudang dengan membaling bata. Mereka bersemuka dengan polis. Tuntutan mereka adalah mereka tidak mahu tinggal di sini (Pulau Bhashan Char),” kata ketua polis tempatan, Alamgir Hossain

Seorang pelarian Rohingya mengesahkan kepada agensi berita AFP bahawa bata telah dibaling dan polis menghalang mereka daripada memasuki sebuah bangunan di mana pegawai-pegawai UNHCR berada.

Seorang aktivis hak asasi manusia antarabangsa berkata, polis menggunakan baton untuk menyuraikan penunjuk perasaan dengan beberapa orang cedera.

Seorang jurucakap polis pula memberitahu, penunjuk perasaan Rohingya telah menyerang dan mencederakan beberapa orang polis. 

“Mereka juga merosakkan beberapa buah kereta di pulau itu,” katanya. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI