fbpx

Pelumba pertikai saingan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUPASQUIER terlibat dengan insiden kemalangan pada sesi kelayakan Sabtu lalu sebelum diterbangkan ke Hospital Florence dan disahkan meninggalkan dunia kira-kira sehari kemudian. – AFP

TUSCANY, ITALI – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mempersoalkan tindakan penganjur MotoGP meneruskan perlumbaan Grand Prix (GP) Itali dan menganggap ia adalah satu keputusan tidak tepat dan sukar diterima berikutan kematian pelumba Moto3, Jason Dupasquier kelmarin.

Pelumba berusia 19 tahun dari Switzerland, Dupasquier disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam insiden kemalangan pada sesi kelayakan di Litar Mugello Sabtu lalu.

Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) mengumumkan kematian pelumba Moto3 tersebut sebelum perlumbaan Moto2 bermula, namun saingan kelas Moto2 dan MotoGP tetap diadakan seperti biasa.

Pada perlumbaan MotoGP, Bagnaia yang gagal menamatkan saingan akibat terjatuh, me­ngakui pada mulanya dia tidak mahu meneruskan perlumbaan untuk memberi penghormatan kepada Dupasquier.

“Jika semalam kita menghadapi situasi yang sukar dan hari ini kita meneruskan saingan, ia adalah sangat pelik. Mungkin ini hari yang terburuk dalam hidup saya dan secara keseluruhan saya tidak menikmati perlumbaan ini.

“Saya meminta untuk tidak berlumba pada hari ini kerana ia satu tindakan yang tidak betul. Saya juga berfikir jika hal seperti ini berlaku dalam kelas premier pasti kami tidak akan meneruskan perlumbaan.

“Tidak kisahlah saya gagal menamatkan saingan sekali pun tetapi pada perlumbaan tersebut saya hanya memikirkan Dupasquier dan keluarganya,” kata Bagnaia.

Pelumba Tech3, Danilo Petrucci dan Valentino Rossi turut menyuarakan pendapat yang sama dan menganggap GP Itali sepatutnya dibatalkan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Dupasquier.

“Tiada sebarang perbincangan dengan pelumba untuk memba­talkan perlumbaan ini. Perkara yang paling sukar adalah anda melihat seorang pelumba terba­ring kaku di atas trek.

“Kenapa perlumbaan diteruskan dan bagi saya ia satu tindakan tidak masuk akal,” kata Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI