fbpx

Sane ikrar tebus kecewa di Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SANE mengakui gagal memberikan aksi terbaik bersama Bayern musim ini menyebabkan dia berjanji untuk membantu Jerman menjulang kejuaraan di Euro 2020. – AFP

MUNICH – Pemain sayap Ba­yern Munich, Leroy Sane sedia menebus kekecewaan musim ini dengan menjulang trofi Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) 2020 bersama Jerman.

Sane yang berhijrah ke Ba­yern dari Manchester City tahun lalu gagal untuk menampilkan aksi seperti dijangka, sekali gus lebih banyak memanaskan bangku simpanan bersama juara Bundesliga itu.

Dia juga berharap mampu mengembalikan prestasi sebenar bersama Jerman nanti selain mahu membantu pasukan membawa pulang trofi berprestij itu ke Munich.

“Saya tahu saya gagal menampilkan prestasi yang diharapkan pada musim ini. Mungkin ia disebabkan virus Covid-19 serta kecederaan lutut yang saya alami.

“Sekarang saya mahu beri sepenuh fokus pada Euro. Saya berada pada fasa paling pen­ting ketika ini iaitu bagi memastikan saya cergas sepenuhnya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Meskipun sedar dengan tekanan tinggi yang bakal dihadapi pada kejohanan itu, namun dia percaya rakan sepasukannya mampu untuk melakar kejayaan bersama pasukan kebangsaan.

“Sudah tentu tekanan sangat tinggi untuk kami berdasarkan senarai pemain yang ada. Memenangi trofi ini adalah impian semua pemain dan kami akan bekerja keras bagi mendapatkannya,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI