fbpx

De Bruyne mungkin terlepas aksi Euro

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE BRUYNE mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea menyebabkan dia mungkin terlepas aksi Euro 2020 nanti. – AFP

PORTO – Pemain tengah Belgium, Kevin De Bruyne berdepan risiko tidak dapat beraksi pada Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) selepas mengalami kece­deraan pada bahagian mukanya.

De Bruyne mengalami kecederaan itu sehingga terpaksa dibawa keluar ketika tewas 0-1 kepada Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara di Stadium Dragao kelmarin.

Pemain berusia 30 tahun itu mengesahkan dia mengalami keretakan pada tulang hidung serta soket mata kirinya, sekali gus menyebabkan peluangnya beraksi di Euro semakin tipis.

“Baru sahaja pulang dari hospital dan hasil imbasan mendapati saya mengalami keretakan tulang hidung serta soket mata kiri, namun saya berada dalam keadaan baik.

“Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan semalam. Bagaimanapun, saya harap kami boleh bangkit lebih baik selepas ini dan saya mahu fokus untuk pulih daripada kecederaan ini,” katanya.

Sementara itu, jurulatih Belgium, Roberto Martinez menyelar tindakan pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger yang dianggap sengaja menyebabkan kecederaan tersebut.

“Bagi saya, Rudiger bertuah kerana hanya dilayangkan kad kuning. Selepas menyaksikan rakaman beberapa kali, saya dapat lihat dia sengaja melanggar De Bruyne dengan bahunya sehingga menyebabkan kecede­raan serius,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI