fbpx

Tiada solat Jumaat di Terengganu sepanjang PKP Penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menetapkan solat Jumaat tidak akan dilaksanakan di masjid seluruh negeri ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang berkuatkuasa esok.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Osman Muda berkata, sebaliknya umat Islam di Terengganu perlu menggantikan solat Jumaat itu dengan solat Zuhur di rumah masing-masing sepanjang tempoh tersebut.

“Dalam pada itu, hanya 12 jemaah terdiri dalam kalangan ahli kariah dibenarkan untuk menunaikan solat-solat fardu berjemaah di masjid dan surau di negeri ini.

“Ketetapan ini mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Osman memberitahu, aktiviti keagamaan, kemasyarakatan serta pengurusan dan solat jenazah pula tidak dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau sepanjang pelaksanaan PKP Penuh ini.

Ujar beliau, upacara akad nikah untuk pasangan di negeri ini bagaimanapun dibenarkan dilaksanakan di pejabat agama daerah.

“Upacara akad nikah tersebut boleh dihadiri seramai lapan orang sahaja termasuk wali dan jurunikah,” katanya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI