fbpx

Serik berniaga colek, peniaga kini jual roti canai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azizi (dua dari kiri) dan Fareez (dua dari kanan) melihat dokumen pengurangan kompaun sehingga RM 500 di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Pengkalan Chepa hari ini.

KOTA BHARU – Peniaga colek yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000 selepas didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) apabila berniaga melebihi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 25 April lalu kini sudah menukar perniagaannya.

Mohd. Azizi Mohd. Nor, 42, berkata, selepas dikenakan kompaun itu, dia amat tertekan malah setiap hari memikirkan mengenai jumlah bayaran yang terlalu tinggi sehingga serik untuk meneruskan perniagaan itu.

“Buat masa ini, saya dan isteri, Nik Nawati Nik Lah, 38, berniaga roti canai sejuk beku dan pesanan akan diambil oleh pelanggan selepas mereka menempahnya.

“Saya sebenarnya sudah tidak mahu meneruskan perniagaan colek dan mi celup buat masa ini. Ia seolah-olah seperti satu mimpi ngeri buat saya,” katanya ketika ketika ditemui pemberita di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO Pengkalan Chepa hari ini.

Terdahulu, Mohd. Azizi menerima bantuan daripada Pemuda UMNO Pengkalan Chepa untuk membayar pengurangan kompaun RM50,000 kepada RM500 selepas dia membuat rayuan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Sumbangan itu diserahkan oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Peguam Muda dan Perundangan, Nik Saiful Adli Burhan kepada Mohd. Azizi.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pengkalan Chepa, Fareez Noor Amran.

Sementara itu, Fareez berkata, pihaknya turut menyediakan peguam bagi memudahkan urusan rayuan pengurangan kompaun kepada JKNK memandangkan Mohd. Azizi tidak mampu untuk membayar jumlah sebanyak itu.

“Semasa prosiding rayuan, kita memohon agar pertimbangan pengurangan jumlah kompaun diberikan kepada Mohd. Azizi sehingga akhirnya hanya bayaran RM500 dikenakan terhadap kesalahan itu.

“Kami berpendirian bahawa pihak berkuasa seharusnya menggunakan pertimbangan dan budi bicara dalam melaksanakan undang-undang di bawah Ordinan Darurat dengan mengambil kira situasi rakyat ketika ini,” katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI