fbpx

Ibu mengandung, bayi enam bulan bergejala dikuarantin di PKRC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zurairie (kanan) ketika mengadakan kawatan ke PKRC ILP, Pengkalan Chepa yang baru dibuka hari ini.

KOTA BHARU – Seorang ibu mengandung dan lima kanak-kanak termasuk bayi berusia enam bulan merupakan antara 100 individu bergejala yang dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pengkalan Chepa di sini.

Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Zurairie Mohd. Zubir berkata, ibu mengandung berusia dalam lingkungan 30-an itu dimasukkan ke PKRC yang mula dibuka hari ini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Katanya, kanak-kanak yang berusia enam bulan hingga lima tahun itu pula ditempatkan di PKRC sama apabila mendapati ahli keluarga mereka bergejala selepas mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.

“PKRC ini mampu menempatkan seramai 278 individu dalam satu-satu masa. Warga emas pula akan ditempatkan di tingkat bawah bersama dengan pesakit yang berada di Stesen Kuarantin (QS).

“Kita dapati, individu yang menjadi kontak rapat dengan pesakit dan dikuarantin di rumah melebihi 1,000 orang. Jadi, kita bimbang sekiranya mereka berpotensi untuk dijangkiti Covid-19,” katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke PKRC ILP di Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zurairie berkata, PKRC yang ke-14 di Kelantan itu amat selesa kerana katil pesakit yang bergejala tahap satu dan dua disusun dengan keadaan penjarakan fizikal.

Katanya, pihak PKRC Kelantan terpaksa mengambil pesakit perempuan yang bergejala dari QS untuk di tempatkan di sini, bagi mengelak berlaku kesesakan.

“PKRC ini terletak berhampiran dengan kawasan perumahan penduduk, namun ia tiada masalah kerana kita akan memastikan keadaan di sini sentiasa selamat.

“Kebanyakan pesakit yang ditempatkan di sini sudah mengetahui tahap kesihatan mereka dan sanggup dikuarantin meskipun hanya menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI