fbpx

Polis serbu rumah tumpangan dijadikan pusat judi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Osman

TAIPING – Tindakan licik satu sindiket menjadikan sebuah rumah tumpangan di Taman Sri Hijau di sini sebagai pusat perjudian terbongkar selepas enam lelaki termasuk warga emas ditahan polis semalam.

Difahamkan, premis berkenaan baharu saja beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Mukim Taiping dalam Daerah Larut, Matang dan Selama sejak 22 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, ketika serbuan pada pukul 4 petang itu kesemua suspek sedang leka berjudi sehingga tidak menyedari kehadiran polis.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk berjudi dan beberapa keping wang tunai.

“Kesemuanya yang berusia 55 hingga 75 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 selain dikenakan kompaun atas kesalahan berkumpul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, sebanyak 50 kompaun dikeluarkan ke atas individu bagi kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dalam tempoh PKPD sehingga semalam.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI