fbpx

Sebutan semula kes Neelofa, suami ditangguhkan 23 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peguam, M. Haresh yang mewakili Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Sebutan semula kes pendakwaan melibatkan selebriti popular Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya atas pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditangguhkan pada 23 Jun depan.

Peguam, M. Haresh yang mewakili pasangan tersebut iaitu Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd. Ismail berkata, kes itu sepatutnya disebut semula pada 4 Jun ini tetapi ditangguhkan oleh pihak mahkamah.

“Mahkamah memutuskan untuk menangguhkan kes ini pada 23 Jun depan selepas pelaksanan ‘total lockdown’ di seluruh negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah melanggar SOP PKPB ketika didakwa di Mahkamah Majistret Seremban pada 20 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual karpet di Nilai 3 di sini pada 2 Mei lalu.

Noor Neelofa kemudiannya dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 oleh mahkamah atas pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual.

Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 atas dua pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk ‘check in’ atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.

Kedua-dua mereka dituduh di bawah Peraturan 19, Peratutan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) (Pindaan) (No 12) 2021.

Pada 4 Mei lalu, Neelofa dan Muhammad Haris dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi memberi keterangan selama empat jam berkaitan penularan gambar dan video mereka berada di sebuah premis menjual permaidani di Pusat Perniagaan Nilai 3 pada 2 Mei 2021.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI