fbpx

Wanita tetapkan peraturan buat kekasih anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Senarai peraturan yang ditetapkan oleh seorang wanita buat sesiapa yang bercinta dengan anaknya. - TICTIK

LONDON – Perkongsian seorang gadis dalam aplikasi TikTok menjadi tular apabila dia memuat naik senarai peraturan yang ditetapkan oleh ibu teman lelakinya sebagai syarat  untuk bercinta dengan pemuda tersebut, lapor akhbar The Mirror semalam.

Wanita yang hanya  dikenali sebagai Emma itu memberitahu, dia membaca senarai menakutkan itu di laman Instagram bakal mentuanya. Wanita itu memberikan pelbagai amaran jika mahukan hubungan dengan anak lelakinya berkekalan.

“Saya dapat rasakan dia tidak sukakan saya,” tulis Emma pada status berkenaan.

Kekasih anak wanita itu yang bernama Emma menemui senarai itu dimuat naik di laman Instagram. – TICTIK

Antara peraturan yang tersenarai adalah ‘dia anak emak, jika anda bukan isterinya, maka pendapat anda tentang perkara ini adalah tidak penting’.

Wanita itu turut memberikan amaran bahawa dia boleh ‘mengusir’ mana-mana wanita yang melanggar peraturan itu daripada kehidupan anak lelakinya.

Status  Emma itu menerima pelbagai komen netizen yang rata-rata menasihatinya untuk tidak meneruskan hubungan dengan lelaki itu.

“Perkara ini akan menjadi lebih teruk di masa hadapan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Ini adalah tindakan masuk campur yang keterlaluan bagi seorang ibu dalam kehidupan peribadi anaknya,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI