fbpx

Bomba keluarkan ibu jari budak tersepit pada kaki meja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu jari kanan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun tersepit pada kaki meja dalam kejadian di Sungai Bakap, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Anggota bomba terpaksa mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan ibu jari seorang budak perempuan berusia dua tahun yang tersepit pada kaki meja dalam kejadian di Sungai Bakap, Nibong Tebal di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.41 tengah hari sebelum bergegas ke Hospital Sungai Bakap.

“Ibu jari pada tangan kanan kanak-kanak perempuan itu didapati tersepit pada sebatang kaki meja yang diperbuat daripada besi.

“Kerja-kerja mengeluarkan jari mangsa dilakukan dengan cermat menggunakan peralatan khas dan ia berjaya dikeluarkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang cedera ringan pada jari diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 1.09 petang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI