fbpx

Pendaftaran vaksin meningkat kerana rakyat bimbang penularan Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pendaftaran bagi mendapatkan vaksin di seluruh negara meningkat agak ketara ketika ini disebabkan kebimbangan rakyat terhadap penularan dan peningkatan kes Covid-19 buat masa ini.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pendaftaran vaksin meningkat dengan mendadak disebabkan kes Covid-19 yang meningkat ketika ini.

Menurutnya, kesedaran rakyat untuk mendapatkan vaksin bagi perlindungan diri ketika ini sudah menjadi perkara yang sangat mendesak.

“Justeru, kami akan berusaha meningkatkan dan mempercepatkan kadar pemberian vaksin di seluruh negara sekali gus mencapai sasaran 150,000 dos sehari selewat-lewatnya akhir Jun ini.

“Ketika ini, kadar kehadiran ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) masih kekal pada tahap 80 peratus dengan 20 peratus yang tidak hadir,” katanya pada sidang akhbar mingguan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, ketika ini, bilangan yang mendaftar bagi mendapatkan vaksin sudah mencecah 50 peratus populasi bagi usia 18 tahun ke atas iaitu seramai 12,117,091 individu.

Beliau berkata, secara keseluruhan, seramai 2,913,009 sudah menerima satu dos suntikan yang mana 1,052,145 daripadanya sudah lengkap dua dos suntikan.

“Sehingga 30 Mei lalu, pendaftaran bagi Fasa 2 PICK terus meningkat dan merekodkan 3,871,725 individu dimana seramai 2,114,839 atau 60.38 peratus adalah terdiri daripada warga emas.

“Selain itu, kadar vaksinasi negara sekali lagi telah mula mencecah 100,000 dos sehari pada 27 Mei lalu iaitu sebanyak 107,340 dos,” katanya.

Katanya, Malaysia juga akan menerima bekalan vaksin seterusnya yang dijadualkan tiba pada minggu ini iaitu Pfizer (444,600 dos) dan Sinovac (668,520 dos yang telah dibotolkan). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI