fbpx

Anggota polis direman bantu kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis (kiri) ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan reman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan dakwaan menerima suapan RM5,000 pada minggu lalu.

Perintah reman tersebut dibenarkan Hakim Azman Mustapha di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek disyaki meminta rasuah sebanyak RM5,000 daripada seorang lelaki berusia 21 tahun sebagai dorongan melepaskan daripada siasatan kes rogol.

“Siasatan berhubung dakwaan suspek meminta suapan RM5,000 daripada lelaki tersebut bagi tidak memanjangkan laporan kes rogol yang diadukan oleh seorang wanita.

“Suspek didakwa mengambil sebahagiannya iaitu RM2,500 pada petang semalam,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sumber berkata, suspek yang bertugas di sebuah balai polis di daerah Dungun ditahan pegawai penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 3.15 petang semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI