fbpx

Kadar kematian Covid-19 negara kini 0.45 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 0.45 peratus atau 45 pesakit daripada 10,000 kes positif jangkitan Covid-19 di seluruh negara berdepan risiko kematian berdasarkan kadar yang direkodkan ketika ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, sejumlah 71 peratus kes kematian melibatkan individu berusia 60 tahun ke atas yang mengalami masalah kesihatan dan komorbiditi seperti sakit buah pinggang, jantung dan masalah paru-paru.

Tambahnya, pada minggu epid ke-21 iaitu setakat 29 Mei sebanyak 2,650 kadar kematian kumulatif yang dilaporkan dengan sejumah 451 kematian berlaku pada minggu tersebut.

“Ini bermakna secara purata dalam tempoh 21 minggu, sebanyak 64 orang menemui ajal setiap hari,” katanya pada sidang akhbar mingguan PICK yang diadakan secara online di sini hari ini.

Beliau berkata, pada minggu ke-21 sebanyak 35.4 peratus daripada 757 kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan ventilator yang menunjukkan peningkatan sebanyak 32.1 peratus dalam tempoh 10 minggu.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 82,341 kanak-kanak dan remaja berusia 0 hingga 17 tahun dilaporkan dijangkiti Covid-19 setakat 29 Mei lalu.

“Sebanyak 19,851 kes melibatkan golongan berusia 0 hingga 4 tahun, 8,237 kes (5 hingga 6 tahun), 26,851 kes (7 hingga 12 tahun serta 27,402 kes (13 hingga 17 tahun) dan mereka merupakan pesakit Covid-19 kategori pertama hingga ketiga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI