fbpx

Harga roti putih Gardenia kekal, kenaikan untuk produk sapuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GBKL akan terus menyerap kos tambahan bagi membolehkan harga roti putih kegemaran ramai terus kekal di pasaran.

PETALING JAYA – Orang ramai tidak perlu berasa panik terhadap kenaikan produk makanan Gardenia kerana roti putih ke­gemaran ramai tidak terlibat dengan kenaikan harga seperti yang diumumkan kelmarin.

Pengurusan Gardenia Bake­ries (KL) Sdn. Bhd. (GBKL) berkata, kenaikan tersebut hanya melibatkan enam produk ‘spread’ atau sapuan.

Menurutnya, perubahan harga itu berlaku susulan peningkatan kos yang terpaksa ditanggung syarikat.

“Sejak beberapa tahun ke­belakangan ini, syarikat telah me­ngalami kenaikan kos luar biasa dari segi kos pembuatan dan kos bahan mentah yang berada di luar kawalan pihak syarikat.

“Antara bahan mentah yang mengalami kenaikan mendadak adalah seperti lemak sayuran, serbuk koko, susu serta kos pembungkusan,” katanya dalam ke­nyataan semalam.

Produk yang terlibat dengan kenaikan itu adalah Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (200g), Gardenia Delicia Hazelnut Chocolate Spread (375g) dan Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (200g).

Tiga lagi produk yang me­ngalami perubahan harga adalah Gardenia Delicia Milky Chocolate Spread (375g), Gardenia Auntie Rosie – Original Homestyle Kaya (200g) dan Gardenia Auntie Rosie – Natural Pandan Kaya (200g).

Menurut GBKL, harga bagi produk makanan Gardenia yang lain masih dikekalkan dan syarikat akan terus menyerap kenaikan kos produk tersebut.

Tambah syarikat, selama ini ia menyerap kos kenaikan tersebut dan kini pihaknya tidak mempunyai alternatif lain ke­cuali melaksanakan semakan semula harga produk Gardenia terpilih yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.

“Kenaikan harga adalah langkah terakhir setelah pelbagai usaha telah diambil.

“Fokus kami tertumpu kepada usaha untuk terus mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI