fbpx

Hakimi semakin hampiri sertai PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAKIMI mungkin bakal menyertai PSG musim depan ekoran Inter terpaksa menjualnya bagi menstabilkan aliran tunai pasukan berkenaan. – AFP

PARIS – Paris Saint-Germain dilaporkan sudah mencapai kata sepakat secara prinsip bersama pemain pertahanan Inter Milan, Ashraf Hakimi mengenai potensi perpindahannya musim depan.

PSG sangat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat pemain itu tetapi tidak ada sebarang perbincangan dilakukan bersama Inter untuk proses perpindahan berkenaan.

Inter keberatan untuk melepaskan khidmat Hakimi tetapi perkembangan terbaharu me­nyaksikan PSG yang dibimbing Mauricio Pochettino semakin hampir untuk membawanya ke Parc des Prices.

Kebolehan Hakimi beraksi sebagai bek kiri dan kanan serta kejayaan membantu Inter menjulang gelaran Serie A membuatkan ‘saham’ pemain ini melonjak.

Biarpun berjaya memecah dominasi Juventus dengan me­rangkul gelaran Scudetto musim ini, Inter dilaporkan berdepan masalah kewangan merun­cing menyebabkan mereka perlu menjual beberapa pemain bagi mendapatkan aliran tunai seba­nyak £87 juta (RM510 juta) selain merancang untuk memotong gaji pemain skuad utama.

Selain Hakimi yang masih memiliki baki kontrak selama empat tahun, Inter juga mungkin terpaksa melepaskan penggempur utama mereka, Romelu Lukaku untuk tujuan berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI