fbpx

Bahagian lesen JPJ Kelantan tutup 12 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Bahagian Pelesenan Kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan di Panji di sini ditutup sepenuhnya kepada orang ramai selama 12 hari bermula hari ini.

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, penutupan sehingga 10 Jun depan itu terpaksa dilakukan selepas kakitangan JPJ yang bertugas di bahagian tersebut dikesan positif Covid-19.

“Oleh itu, orang ramai tidak perlu datang untuk berurusan sepanjang tempoh itu. Bahagian Pelesenan Kenderaan JPJ Kelantan akan kembali beroperasi semula pada 13 Jun,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Hanif Yusabra, sehubungan dengan itu, perkhidmatan JPJ Mobile disediakan di perkarangan Blok B JPJ negeri untuk pemilik kenderaan yang ingin berurusan pembaharuan cukai jalan ( LKM) dan pembaharuan lesen memandu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI