fbpx

Isu pertikai sistem Raja Berperlembagaan, ibu Neelofa buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR Kartini selesai membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail siang tadi selepas tular berkenaan hantaran dalam Instagramnya yang mempertikaikan sistem Raja Berpelembagaan.

PETALING JAYA – Satu laporan polis telah dibuat ibu selebriti Neelofa, Noor Kartini selepas hantaran InstaStorynya yang menyentuh sensitiviti sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia tular dalam laman sosial hari ini.

Hantaran berkenaan memaparkan Noor Kartini mempertikaikan sistem tersebut dan meminta Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 12 Januari lalu berkuat kuasa sehingga 1 Ogos depan.

“Kalau prihatin, suruhlah Agong (Yang di-Pertuan Agong) batalkan darurat! Cakap je lebih!” tulisnya.

Susulan penularan perkara berkenaan, usahawan itu kemudian tampil dengan kenyataan menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah disebabkan kecuaian seorang pekerjanya yang mempunyai akses mengendalikan akaun Instagramnya.

“Saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku atas kecuaian salah seorang pekerja yang mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya.

“Dia yang merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn. Bhd. secara tidak sengaja telah memuat naik InstaStory tanpa sedar menggunakan akaun saya (@noorkartini),” katanya.

Berikutan itu, Noor Kartini telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail berhubung perkara tersebut dan akan memberikan kerjasama penuh untuk sebarang siasatan kelak.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga diraja, patik merafak sembah memohon maaf atas kecuaian yang terjadi,” katanya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI