fbpx

Jenazah Harussani selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan yang lengkap memakai PPE menguruskan pengebumian jenazah Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat di Ipoh hari ini. - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Cuaca mendung dan suasana muram mengiringi pengebumian Mufti Perak, Allahyarham Tan Sri Harussani Zakaria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rapat Jaya di sini petang ini.

Jenazah Allahyarham yang tiba pada pukul 6.05 petang menaiki van jenazah turut diiringi tiga kenderaan petugas Jabatan Kesihatan negeri bersama 10 anggota lengkap mengenakan sut PPE.

Laluan masuk ke kawasan perkuburan dengan kawalan ketat polis menyaksikan hanya beberapa ahli keluarga terdekat Allahyarham yang dibenarkan berada di kawasan perkuburan.

Manakala lebih 30 petugas media pula hanya dibenarkan berada di kawasan perumahan berdekatan pada jarak 20 meter bagi mematuhi SOP penjarakan fizikal dan jenazah selamat dikebumikan pada pukul 6.20 petang.

Terdahulu kenderaan yang membawa jenazah Mufti Perak keluar dari Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada pukul 5.55 petang menuju Tanah Perkuburan Islam Kampung Melayu Sungai Rapat Ipoh untuk urusan pengkebumian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI