fbpx

Harussani meninggal dunia akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Harussani

IPOH – Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dirawat kerana positif Covid-19 di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini meninggal dunia hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim menerusi pesanan aplikasi WhatsApp kepada media.

“Betul saya sahkan. Beliau meninggal dunia pada pukul 2.45 petang tadi,” katanya.

Allahyarham yang berusia 82 tahun dan isteri, Puan Seri Ainon Abdul Ghani sebelum ini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) setelah disahkan positif Covid-19 dan mereka dikatakan dirawat sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sebelum itu, tular satu mesej di WhatsApp menyatakan Mufti Perak itu positif Covid-19 sejak 11 Mei lalu dan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas, bagaimanapun beliau dilaporkan masih dalam keadaan sedar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI