fbpx

Pogba ikrar bantu United bangkit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA (kiri) mengakui masih bersedih dan kecewa ekoran kekalahan United pada aksi final Liga Europa kepada Villarreal. – AFP

MANCHESTER – Selepas kecewa pada aksi final Liga Europa, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba memerlukan sedikit masa untuk bertenang bagi mengubati luka tersebut.

Hasrat United untuk me­menangi trofi pertama di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer tidak terlaksana apabila mereka tewas 10-11 kepada Villarreal menerusi penentuan penalti Khamis lalu.

Bagaimanapun, Pogba yang masih bersedih dengan keka­lahan itu berikrar untuk menampilkan aksi lebih baik selepas ini bagi menebus kekecewaan itu.

“Saya perlukan beberapa hari untuk bertenang serta menilai semula prestasi yang ditampilkan pada perlawanan akhir Liga Europa sebelum ini kerana saya sangat kecewa.

“Semua pemain masih bersedih, namun kami perlu fokus dan bersedia untuk menghadapi musim akan datang. Kepada semua penyokong, kami akan bangkit lebih garang selepas ini,” kata Pogba.

Sementara itu, seorang lagi pemain tengah United, Bruno Fernandes menegaskan, kekalahan itu tidak melemahkan semangat pemain, malah menjadi pem­bakar semangat buat mereka.

“Kami adalah United yang sentiasa bekerjasama tidak kira menang atau kalah. Semua pemain ada peranan masing-masing dan kami sentiasa bersedia untuk berdepan apa keadaan sekalipun,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI