fbpx

26 kluster komuniti berpunca sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 26 kluster komuniti melibatkan sub-kluster perayaan dilaporkan sejak 13 Mei hingga semalam, berpunca daripada sambutan hari raya Aidilfitri telah dilaporkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia melibatkan sebanyak 1,019 kes positif dalam kluster-kluster tersebut hasil saringan dijalankan ke atas seramai 4,047 individu dengan kadar positiviti 25.1 peratus.

Menurutnya, daripada jumlah kes positif yang dikesan, sehingga kini dua kematian telah dilaporkan dan satu kes sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Negeri-negeri yang mencatatkan bilangan sub-kluster perayaan yang berpunca daripada sambutan hari raya Aidilfitri tertinggi adalah Sabah dengan tujuh kluster (26.9 peratus), Kelantan dengan lima kluster (19.2 peratus) serta Johor, Melaka, Pahang, Selangor dan Labuan masing-masing dengan dua kluster (7.7 peratus).

“Dijangkakan jumlah kes dan bilangan kluster-kluster ini akan bertambah dan mungkin melibatkan lebih banyak negeri serta daerah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI